skip to Main Content
IMG 7001

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, pelajar-pelajar kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta disiplin diri.

Salah satu aktiviti yang dijalankan di Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah ialah Temasya Sukan. Temasya Sukan Matan telah diadakan baru-baru ini pada 12 April 2017 di Padang Awam Kg Jijan. Antara acara yang dijalankan dalam Temasya Sukan ini ialah larian merentas desa, pertandingan bola sepak, pingpong, lumba lari 100 meter dan juga sukan rakyat.

Terdapat empat buah rumah sukan yang telah bertanding iaitu Biru, Kuning, Merah dan Hijau. 

MATLAMAT:

  1. Dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar.
  2. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

OBJEKTIF:

  1. Memupuk semangat setiakawan dalam kalangan pelajar dan guru.
  2. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan pelajar.
  3. Mendekatkan ibu bapa/penjaga/staff dengan anak-anak pelajar MATAN melalui sukan. 

TEMA:

                                            “Majulah sukan untuk semua”

 

Baca Juga:  Kelebihan Menghafal Al Quran

Kelebihan bersukan

Sukan merupakan suatu aktiviti yang biasa dilakukan pada waktu lapang. Dengan cara bersukan juga kita mampu memiliki tubuh badan yang sihat. Ianya juga dapat menguji daya kekuatan fizikal dan mental seseorang.

Nabi SAW mengajak dan menggalakkan umatnya dan baginda sendiri mementingkan amalan bersukan. Kita boleh katakan bahawa Nabi SAW merupakan antara atlet terbaik dalam cara baginda menjaga tubuh badannya.

Nabi SAW bersabda: “Mukmin yang lebih kuat lebih disayangi oleh Allah berbanding Mukmin yang lemah”

Namun kekuatan boleh mempengaruhi seseorang kerana ia membantunya untuk taat dan berkhidmat kepada Allah. Ia juga membantu manusia menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Larian Merentas Desa

JUARA RENTAS DESA

MOHD ALIEF DANIEL BIN SAPIUDIN (RUMAH BIRU)

Pertandingan Bola Sepak

RUMAH BIRU (JOHAN)

RUMAH HIJAU (NAIB JOHAN)

RUMAH MERAH (TEMPAT KETIGA)

Pertandingan Ping Pong

PINGPONG PERSEORANGAN MENENGAH ATAS

  1. AHMAD MIKAIL BIN SHAHRIZAL (HIJAU)
  2. NIK AHMAD IRFAN BIN NIK KAMARULZAMAN (BIRU)
  3. DANIEL AFIQ BIN DIRMAN (KUNING)

PINGPONG PERSEORANGAN MENENGAH BAWAH

  1. IKHWAN BIN MOHD RODZI (BIRU)
  2. NIK AHMAD ZAFRAN BIN NIK KAMARULZAMAN (HIJAU)
  3. AMIR FIRDAUS BIN ABDULLAH (KUNING)

PINGPONG BEREGU MENENGAH ATAS

  1. AHMAD MIKAIL BIN SHAHRIZAL& MUAMMIR MUSLIM BIN ANUARUDDIN (HIJAU)
  2. HUZAIFI BIN YUSRI& MUHAMMAD SHUKRAN BIN HASNAN (BIRU)
  3. MOHAMAD ALIFITRI BIN SULAIMAN& MUHAMMAD DANIEL AFIQ BIN DIRMAN (KUNING)

PINGPONG BEREGU MENENGAH BAWAH

  1. MOHAMAD AMIRUL HAZEEQ BIN JEFFREE & UTHMAN MUHAMMAD BIN MOHD RAFIE (BIRU)
  2. NIK AHMAD ZAFRAN BIN NIK KAMARULZAMAN & MUHD ADAM HAQIMIE BIN HALIM (HIJAU)
  3. AMIR FIRDAUS BIN ABDULLAH & MOHAMAD ALIFITRI BIN SULAIMAN (KUNING)

Larian 100 meter

ACARA 100M MENENGAH ATAS

  1. MUHAMMAD ALIEF DANIEL BIN SAPIUDIN (RUMAH MERAH)
  2. MUHAMMAD HUZAIFI BIN YUSRI (BIRU)
  3. AMMAR ADAM BIN AZMI (KUNING)

ACARA 100M MENENGAH BAWAH

  1. MUHAMMAD IKHWAN BIN MOHD. RODZI (BIRU)
  2. AMIR FIRDAUS BIN ABDULLAH (KUNING)
  3. MUHD ADAM HAQIMIE BIN HALIM (HIJAU)

Sukan Rakyat

Penutup dan Penyampaian Hadiah

KEPUTUSAN PENUH IHTIFAL SUKAN MATAN 2017

JOHAN: RUMAH BIRU

NAIB JOHAN: RUMAH HIJAU

KETIGA: RUMAH MERAH

Ulasan Mudir MATAN

Suka Artikel Ini?

Semoga semua yang membaca dapat manfaatnya!

P.s. – Kalau anda suka artikel ini, janganlah segan silu untuk klik butang Share. Lagi ramai Share, insyaAllah lagi bersemangat kami nak kongsi lebih banyak artikel & tips dengan anda!

Share This

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah dan kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain!

Back To Top