skip to Main Content
Kelebihan Menghafal Al Quran

Menghafal Al-Quran adalah amalan yang sangat ditakuti Iblis, dan sekaligus merupakan senjata paling ampuh melawan serta melumpuhkannya. Allah SWT telah menjanjikan kelebihan bagi mereka yang menghafal Al-Quran seperti yang digambarkan seperti berikut. (sumber dari hadis-hadis).

Baca Juga:  8 Tip Mendidik Anak Supaya Cintakan Al-Quran

Ditempatkan di Syurga Yang Paling Tinggi

Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Amru Bin AlAsh r.a. dari Nabi, beliau bersabda:

“Di akhirat nanti para ahli Al Quran diperintahkan, “Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.”

Ahli Al-Quran adalah Orang Yang Arif di Syurga

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. bahawasanya Rasulullah bersabda:

“Para pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni Syurga.”

Menghormati Orang Yang Menghafal Al-Quran Bererti Mengagungkan Allah

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Abu Musa Al Asya’ari r.a. ia berkata bahawasanya Rasulullah bersabda:

“Di antara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak diamalkan, serta menghormati penguasa yang adil.”

Hati Penghafal Al-Quran Tidak Diseksa

Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Mas’ud r.a.:

“Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkannya dia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al-Quran maka hendaklah dia bergembira.”

Mereka Lebih Berhak Menjadi Imam Dalam Solat

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Mas’ud r.a:

“Yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al-Quran.”

Baca Juga:  7 M Agar Anak Selalu Hidup Bersama Al Quran

Disayangi Rasulullah

Sabda Rasulullah s.a.w. dan Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Nabi menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam perang Uhud dalam satu liang lahad.

Kemudian Nabi bertanya, “Daripada mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran? Apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka Nabi memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad.

Dapat Memberikan Syafaat Kepada Anggota Keluarga

Sabda Rasulullah s.a.w. danipada Ali bin Abi Thalib r.a.:

“Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.”

Penghafal Al-Quran Akan Memakai Mahkota Kehormatan

Sabdar Rasulullah s.a.w. danipada Abu Hurairah r.a: Orang yang hafal Al-Quran nanti pada hari kiamat akan datang dan Al-Quran akan berkata;

“Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru.” Maka orang tersebut diberikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi: “Wahai Tuhan tambahlah pakaiannya.” Maka orang itu diberi pakaian kehormatannya. Al-Quran lalu berkata lagi, “Wahai Tuhan, redhailah dia.” Maka kepadanya dikatakan; “Bacalah dan naiklah.” Dan untuk setiap ayat, dia diberi tambahan satu kebajikan.

Hafal Al-Quran Merupakan Bekal Paling Baik

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Jabir bin Nufair:

“Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik dari sesuatu yang berasal dariNya iaitu Al-Quran”.

Suka Artikel Ini?

Semoga semua yang membaca dapat manfaatnya!

P.s. – Kalau anda suka artikel ini, janganlah segan silu untuk klik butang Share. Lagi ramai Share, insyaAllah lagi bersemangat kami nak kongsi lebih banyak artikel & tips dengan anda!

Back To Top