HOTLINE : 013-3331120 | pejabat : 06-7915070

KEM ANAK SOLEH

Sesi 2

26.11.17 - 17.12.17

Penyertaan terbuka untuk
lelaki dan perempuan (8 tahun hingga 18 tahun)

RM450

3 Minggu
+ Bonus Istimewa

Sesi 1

12.11.17 - 25.11.17

Penyertaan terbuka untuk
lelaki dan perempuan (8 tahun hingga 18 tahun)

RM300

2 Minggu
+ Bonus Istimewa

Assalamualaikum

PERHATIAN: Ibu Bapa yang tidak sangat perlukan pengisian program untuk anak-anak di musim cuti sekolah.

KEM ANAK SOLEH TELAH TERBUKTI BERJAYA MELAHIRKAN MEREKA YANG MENGUASAI ILMU TAHFIZ AL-QURAN & KEPIMPINAN

Cuti sekolah bukan masa untuk anak-anak anda honeymoon. Jika anda biarkan, dibimbangi mereka terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat seperti meluangkan masa bersama dengan kawan yang negatif.

Anda mampu menghalang perkara itu daripada berlaku terhadap anak-anak anda dengan menghantar mereka mengikuti KEM ANAK SOLEH.

"Sebaik-baik Kalian Adalah Orang Yang Belajar Al Quran & Mengajarkannya" - Riwayat Al Bukhari

Kenapa kita perlu menghantar anak-anak ke Kem Anak Soleh?

InsyaAllah, Kem Anak Soleh sangat komited dalam meningkatkan prestasi anak anda sepanjang program iaitu:

Ceramah / Teknik Hafazan
Peranan sebagai seorang anak yang soleh & Teknik khaifiat hafazan Al-Quran yang berkesan serta Khaifiat mengekalkan hafazan Al-Quran
Bengkel/Diskusi
Diskusi ilmiah berasaskan modul yang disediakan iaitu Etika seorang hafiz berkualiti, Kepimpinan yang berkesan & Refleksi: Cermin diri
Kuliah Maghrib/Subuh
Program ini juga sangat penting membantu anak anda
Latihan Dinamika Kumpulan (LDK)
Perbincangan dalam kumpulan dibahagikan kepada dua iaitu Praktis Huffaz Profesional & Praktis Jati Diri Al-Hafiz
Outdoor Games & Challenge
3 Modul ini membantu anak anda : Modul 1 : Team Building Huffaz | Modul 2 : Riadah ( Cergas cerdas ) | Modul 3 : Ukhwah Kekuatan Ummah
Jadual Hidup Anak Soleh
Mudah untuk menjaga solat berjamaah 5 waktu sehari dan Membina jati diri melalui latihan dalam kumpulan serta Mendapat terapi nurani melalui bacaan Al Quran

Kem Anak Soleh

Kelebihan

Matlamat

Objektif

Rasional

Inilah antara suasana yang bakal membentuk Peribadi yang mulia pada diri anak anda...

Tawaran Hadiah Ekslusif Peserta Kem Anak Soleh

hadiah-baju-kem-anak-soleh
16.png

Baju T-shirt Anak Soleh

hadiah-button-badge-kem-anak-soleh
16.png

Keychain Badge Anak Soleh

Kemasukan Sesi 1

12.11.2017 - 25.11.2017

Terbuka Untuk Lelaki & Perempuan

HANYA TINGGAL SEDIKIT LAGI KEKOSONGAN!

Kem anak soleh yang bakal merubah hidup anak anda

Kemasukan Sesi 2

26.11.2017 - 17.12.2017

Terbuka Untuk Lelaki & Perempuan

Pengajur Program

mudir-maahad-tahfiz-al-quran-an-najihah-v2

Ustaz zawawi haji aman

Pengasas Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
"Membina Generasi Al Quran"

Kem Anak Soleh pada kali ini hanya untuk 30 orang sahaja pada satu-satu sesi. Ini adalah kerana Kem Anak Soleh yang di adakan di Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah (MATAN ) pada kali ini mempunyai tempat yang terhad ditambah dengan pelajar MATAN yang sedia ada seramai 70 orang. Bagaimanapun penganjur mengutamakan kepada sesiapa yang lebih awal mendaftar sahaja yang akan mendapat tempat.

ADAKAH ANDA...?

“Seorang Ibu Bapa Tetapi Masih Ragu-Ragu Untuk Menghantar Anak-Anak Anda Menghadiri Kem Tahfiz Dan Motivasi Ini?”

1) Anda ingin biarkan anak-anak anda dengan aktiviti mereka sendiri semasa cuti sekolah nanti?


Jika anda yakin dapat memantau aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak anda semasa cuti sekolah, perkara itu tidak menjadi masalah. Tetapi, bagaimana jika anda sibuk dan tidak mempunyai masa untuk mengetahui apakah yang dilakukan oleh anak-anak anda?

Sudah tentu anda merasa bimbang. Lain pula jika anda hantar anak-anak anda mengikuti kem tahfiz dan motivasi ini, perasaan bimbang atau curiga yang timbul pasti lenyap.

2) Anda ingin membawa anak-anak anda melancong semasa cuti sekolah nanti?


Cuba anda fikirkan ini. Membawa anak-anak pergi melancong boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Walaupun bukan pada cuti sekolah, anda masih boleh membawa anak-anak pergi ke tempat-tempat pelancongan.

Tetapi, kem tahfiz dan motivasi ini hanya dianjurkan pada musim cuti sekolah sahaja. Kemungkinan juga, kem ini adalah kem yang terakhir bakal dianjurkan.

Adakah anda ingin lepaskan peluang untuk menjadikan anak-anak anda seorang tahfiz pada tahun ini?

3) Anda berkira-kira untuk membiayai yuran kem tahfiz dan motivasi ini?


Sebagai makluman, pelaburan yang anda keluarkan adalah untuk sekitar 2 minggu sahaja.

Dalam tempoh itu, aktiviti-aktiviti pengisian rohani yang dipupuk terhadap anak-anak anda bersifat intensif dan bukannya bersifat segera.

Ianya padat dan diatur mengikut kesesuaian agar anak-anak anda mencapai objektif kem pada kali ini.

Lagipun, anda cuma perlu keluarkan pelaburan sekali sahaja untuk seumur hidup, pasti berbaloi-baloi dengan apa yang bakal anak-anak anda perolehi nanti.

4) Anda bimbang pelaburan anda tidak membuahkan hasil?


Apabila anak-anak anda menghadiri kem tahfiz dan motivasi ini, mereka akan dididik oleh para guru agama dan fasilitator yang cukup berpengalaman dari pelbagai latarbelakang.

Tambahan pula, aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah bertujuan untuk melatih anak-anak anda menjadi seorang pemimpin berlandaskan syariah Islam.

Insya-Allah, melalui doa ibu bapa dan kami di sini, hasil yang anda inginkan pasti dimakbulkan.

5) Anda merasakan anda mampu melatih anak-anak anda sendiri tanpa menghantar mereka ke kem tahfiz dan motivasi?


Tidak dinafikan. Itu merupakan tanggungjawab seorang ibu bapa dalam melatih anak-anak mereka menerima pendidikan agama yang sempurna.

Tetapi, untuk melahirkan seorang anak bergelar tahfiz, suasana pembelajaran amat kritikal. Ianya memerlukan suasana yang cukup berbeza daripada kehidupan seharian.

Sebab itulah kem tahfiz dan motivasi di sini dianjurkan di tempat yang tidak menyediakan sebarang hiburan.

Sekiranya anda melatih anak-anak di rumah, banyak perkara yang mampu mengganggu tumpuan mereka nanti.

BAYANGKAN PERUBAHAN YANG BAKAL BERLAKU PADA ANAK ANDA ...

1) Anak-anak anda akan berada dalam “Biah Solehah” persekitaran yang baik bersama pelajar Tahfiz yang sedia ada.

Sebaik habis program Insya Allah dia akan tahu untuk memilih kawan yang baik-baik sahaja.

2) Anak-anak anda akan mula terkesan dengan Al Quran dan timbul minat untuk belajar dan menguasai Al Quran kerana melihat rakan-rakan sebaya yang sedia ada amat mencintai Al Quran.

3) Sepanjang program anak-anak anda akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti pembinaan sahsiah dan jati diri melalui Usrah Kepimpinan, Qiyamullail, pengajian asas Fardhu Ain seperti Solat dan Bersuci secara praktikal.

Anak-anak anda akan mengamalkan apa yang diperolehi bila pulang nanti.

4) Sangat beradab dengan ibubapa , guru-guru dan rakan sebaya setelah diberi kefahaman dan penekanan bahawa model dan idola terbaik kita adalah akhlak Rasulullah SAW dan  Sahabat Baginda.

5) Anak-anak anda akan lebih matang dan pandai bergaul melalui latihan yang diperolehi.

 

JANGAN tunggu lagi! Daftarkan segera anak-anak anda menghadiri Kem Anak Soleh sekarang juga.

Tapi Tunggu Dulu...!

Kem Anak Soleh ini bukan untuk semua ibu bapa yang mempunyai anak. Kem ini hanya dibuka kepada ibu bapa yang memiliki ciri-ciri di bawah sahaja.

ANDA.. Seorang ibu bapa yang risaukan dengan aktiviti anak-anak semasa cuti sekolah kerana tidak sempat untuk memantaunya.

ANDA.. Seorang ibu bapa yang ingin anak-anaknya mengikuti program berfaedah semasa cuti sekolah nanti.

ANDA.. Seorang ibu bapa yang ingin melihat anaknya menjadi seorang Hafiz dan bermotivasi tinggi untuk mengharungi cabaran hidup.

Adakah anda tergolong dalam kelompok IBU BAPA yang saya maksudkan?

Jika YAklik butang warna kuning ini sekarang dan lakukan tempahan segera! 

 

Perlukan bantuan pendaftaran? Sila hubungi kami di talian berikut..

Hubungi

No Telefon / Pejabat

013-3331120 / 06-7915070

Alamat Emel

admin@matan.edu.my

Lokasi Kem Anak Soleh

Lot 13504, Jalan Salak, Kg. Jijan, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

HANTAR PESANAN

Nak Hantar Anak Masuk Tahfiz?

Peluang kemasukan baru bagi sesi  2017 - 2018

Hari
Jam
Minit
Saat
Share This
Back To Top