skip to Main Content
logo-maahad-tahfiz-al-quran-an-najihah
nama-arab-maahad-tahfiz-al-quran-an-najihah

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH

( No. Pendaftaran JHEAINS : 41-122/2011 )

MOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

Majlis Khatam

Tadarrus Al Quran

SEMPENA BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

1441H / 2020M

ustaz zawawi hj aman

Ustaz Zawawi Hj. Aman

Assalamualaikum WBT

Yang Mulia Lagi Dikasihi Tan Sri / Datuk / Datin / Tuan / Puan Yang Dirahmati Allah SWT. Bersempena Bulan Ramadhan Al Mubarak 1441H/2020M, seperti tahun sebelumnya pihak Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah akan mengadakan Program Ihya’ Ramadhan melalui amalan-amalan seperti : 

“Majlis Khatam Al Quran, Tahlil Arwah, Tadarus Al Quran dan Qiamullail di sepanjang Ramadhan ini.”

Jika Tan Sri / Datuk / Datin / Tuan / Puan berhajat menyampaikan pahala bacaan Al Quran , Tahlil Arwah dengan cara menjemput kami pelajar-pelajar Tahfiz An Najihah ke majlis berbuka puasa dengan niat untuk arwah ibubapa, datuk nenek dan ahli keluarga yang telah kembali ke rahmatullah,

Sila isi borang yang disertakan di bawah beserta wang sumbangan ke akaun maahad atas nama MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AN NAJIHAH, MAYBANK 555108301296 atau BANK ISLAM 05076010002174 atau berhubung terus ke alamat yang tersebut di atas.

Untuk makluman , wang sumbangan daripada program ini adalah untuk kebajikan guru-guru dan     pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan  dan sebahagian besarnya pula adalah untuk menampung kos pembangunan MAAHAD  yang sedang dijalankan sekarang

Melalui amalan sadaqah jariah sempena Ramadhan  kali ini moga Allah SWT melipat gandakan pahala dan memakbulkan segala hajat kita.

Klik butang Share di bawah dan kongsikan dengan semua!

Saya ingin menyumbang untuk didermakan bagi jamuan berbuka puasa dan pahalanya disedekahkan kepada nama-nama arwah seperti di bawah.

"Barangsiapa yang memberi makanan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang tersebut tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu."
(Riwayat At Tarmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

PELUANG BERSADAQAH JARIAH

INFAQ & WAQAF UNTUK PEMBANGUNAN MADRASAH

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AL QURAN AN NAJIHAH (MATAN) Nilai, Negeri Sembilan

Pembinaan Surau Pelajar Perempuan

Pembinaan-Surau-Pelajar-Perempuan
Pemasangan-Jubin-Lantai-Bilik-Mandi

Pemasangan Jubin Lantai Bilik Mandi & Kolah

Pemasangan Pagar Kawasan Asrama Perempuan

Pemasangan-Pagar-Kawasan-Asrama-Perempuan
Rasulullah ditanya, “Wahai Rasulullah, apakah bentuk sedekah yang paling afdhal? “ Jawab baginda. “Kamu bersedekah dalam bulan Ramadhan”.
( Riwayat Muslim )

MAAHAD TAHFIZ AL QURAN AL QURAN AN NAJIHAH (MATAN) Cawangan Melaka, Bt. 15, Kg. Ayer Merbau

Pemasangan Jubin Ruang Makan Pelajar

Pemasangan-Jubin-Ruang-Makan-Pelajar
Tambahan-Tingkat-Atas-Pejabat

Tambahan Tingkat Atas Pejabat

Menurap Tar Jalan Masuk Ke Madrasah

Menurap-Tar-Jalan-Masuk-Ke-Madrasah

BORANG SUMBANGAN PEMBANGUNAN SEMPENA RAMADHAN

Saya ingin menyumbang untuk tujuan pembangunan dan pahalanya disedekahkan kepada nama-nama arwah seperti di bawah.

“Bahawa roh orang-orang mati datang beramai-ramai ke langit dunia pada tiap-tiap malam dan berhenti bertentangan dengan rumah masing-masing. Tiap-tiap satu roh diantaranya menyeru berkali-kali dengan suara yang hiba seraya berkata, “Wahai ahli rumah Ku! Wahai kaum kerabat dan anak-anak Ku! Wahai orang yang mendiami rumah kami dan telah membahagi-bahagikan dan menerima harta pusaka peninggalan kami, Adakah sesiapa diantara kamu yang masih ingat kepada kami yang sedang berada di Alam Barzakh?....kenanglah kami dan bantulah kami dengan doa dan amal yang soleh. Semoga Alah memberi rahmat kepada kamu…” Setelah puas menyeru dan merayu kembalilah kumpulan roh itu ke tempat masing-masing untuk datang lagi malam berikutnya. Jika ada yang mendoakannya, kembalilah ia dengan gembira. Jika tidak kembalilah ia dengan hiba dan hampa”.
(Petikan dari Kitab I’a natut Thalibin)

BORANG MAJLIS ZIKIR / TAHLIL ARWAH

Saya ingin menyumbang untuk majlis zikir tahlil arwah dan dihadiahkan pahalanya kepada arwah-arwah di bawah ini di sepanjang bulan Ramadan ini mengikut kadar dan masa yang tuan tetapkan.

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.
Surah Al Munafiqun, Ayat 10

Klik butang Share di bawah dan kongsikan dengan semua!

Hubungi Kami

LOT 13504, JALAN SALAK, KG. JIJAN, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN

013-3331120 / 06-7915070

tahfizmatan@gmail.com

Back To Top