HOTLINE : 013-3331120 | pejabat : 06-7915070
Assalamualaikum
Berminat! Bagaimana saya nak mohon?
Tuan dan Puan boleh membuat pendaftaran secara atas talian pada link dibawah. Sila klik link di bawah dan isi maklumat pada borang online yang diberikan.
Apakah syarat syaratnya?
Syarat syarat untuk ambilan sesi 2020 adalah seperti berikut:
SYARAT KEMASUKAN PELAJAR
- Pelajar berminat untuk mengaji dan menghafal Al Quran bukan dipaksa.
- Pelajar bersedia untuk ditarbiyah atau dididik.
- Pelajar bersedia mematuhi semua peraturan seperti yang ditetapkan di dalam Buku Peraturan Maahad
- Pelajar lelaki berumur 13 tahun keatas
- Pelajar tiada rekod & masalah disiplin atau akhlak yang serius seperti merokok, membuli atau ponteng kelas dan seumpamanya sebelum memasuki maahad ini.
- Ibubapa/penjaga serta ahli keluarga dikehendaki akur dengan peraturan-peraturan maahad yang di tetapkan, tidak dibenarkan campurtangan dalam hal ehwal pengurusan maahad atau mempertikaikan sebarang ketetapan atau peraturan maahad tanpa sebarang alasan yang munasabah.
- Pendaftaran untuk kemasukan baru adalah terbuka sepanjang tahun sekiranya ada kekosongan tempat.
Pakaian & Peralatan Pelajar
- Uniform Rasmi MATAN ( Jubah Putih (Biasa) & Jubah Putih Berjalur Unggu di bahagian depan, Kopiah Putih, Serban Putih )
- Baju “Outing”/ Balik Kampung - Baju Korporat MATAN, Seluar slack hitam, Kasut hitam & Stokin hitam.
- Seluar trek hitam/biru (sukan)
- Baju T-Shirt Lengan Pendek bewarna merah ( Baju rasmi untuk aktiviti Sukan di MATAN )
- Kasut sukan
- Cadar 2 set beserta sarung bantal ( Bantal hendaklah dibawa sendiri )
- Selimut
- Kain pelikat
- Baju pakaian harian diluar waktu rasmi
- Tuala mandi
- Kain basahan
- Alat keperluan mandi – berus giri / ubat gigi
- Selipar – untuk kegunaan harian
- Bakul baju / pakaian kotor ( Untuk dihantar Dobi)
- Penyangkut baju ( hanger )
- Cawan dan sudu – untuk kegunaan harian
- Kitab Al Quran Terjemahan – untuk rujukan di dalam Usrah Pelajar
MAKLUMAT PELAJAR
JADUAL HARIAN
Pelajar berjaya kerana mereka mempunyai strategi belajar yang berkesan serta teknik belajar yang mantap.Mereka mengamalkan pelbagai teknik belajar seperti teknik mengingat dan teknik mengambil nota yang baik.Di samping itu, mereka juga belajar secara berkumpulan.
Peperiksaan
Ada tiga kali peperiksaan setahun iaitu Peperiksaan Penggal Pertama, Peperikaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun yang mana tarikh peperiksaan akan dimaklumkan oleh pihak MATAN dari semasa ke semasa.
PERATURAN DISIPLIN MAAHAD
Pelajar diwajibkan mengikuti undang-undang & peraturan Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah bagi menjayakan proses pembelajaran & juga bertanggungjawab untuk memastikan sentiasa bilik-bilik asrama dan kelas pengajian berada di dalam keadaan bersih.
YURAN PENGAJIAN
Pembayaran jumlah yuran keseluruhan semasa pendaftaran perlu dibyar SEKURANG-KURANGNYA SEPARUH daripada jumlah keseluruhan yuran yang dikenakan semasa pendaftaran atau sebelum bermula sesi persekolahan atau hari pertama anak belajar di MATAN.
Profail
Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah ( Lelaki )
Sejarah Penubuhan
MATAN Cawangan Melaka dibangunkan di atas 3 lot tanah wakaf yang disumbangkan oleh seorang dermawan bernama Puan Hajjah Khadijah.
Di atas tapak tanah ini telah dibangunkan sebuah bunglow dua tingkat, surau dan sebuah rumah guru untuk dijadikan pusat pengajian tahfiz lelaki sejak 2011.
Puan Hajjah Khadijah pernah menyerahkan amanah wakaf ini kepada sebuah pusat pengajian tahfiz kira-kira 3 tahun sebelum diuruskan oleh MATAN.
Bagaimanapun setelah mendapati pengurusan tidak berjalan lancar maka Puan Khadijah telah menyerahkannya kepada pengurusan baru di bawah Pusat Tahfiz An Najihah mulai Oktober 2014.
Pada 23 Oktober 2017, Pusat Tahfiz An Najihah telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Melaka dengan nombor pendaftaran JAIM/SAS(M)039 dengan pengambilan pelajar pertama seramai 15 orang.
“MATAN Cawangan Melaka telah diasaskan oleh Ustaz Mohd Zawawi Hj. Aman pada 23 Oktober 2017.”
MATAN diwujudkan bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah di bidang penghafazan Al Quran. Pengambilan pelajar pertama adalah seramai 5 orang bermula Mac 2009 sehinggalah 80 orang menjelang 2017.
Visi
“KE ARAH MELAHIRKAN HUFFAZ PROFESIONAL”
MISI
“PENDIDIKAN TAHFIZ BERSEPADU DINIYYAH DAN AKADEMIK BERASASKAN TARBIYYAH ISLAMIAH”
OBJEKTIF
- Melahirkan para huffaz yang berilmu, beramal dan bertaqwa.
- Melahirkan para huffaz yang cemerlang dalam bidang diniyyah dan akademik.
- Melahirkan para huffaz yang professional, berketerampilan, mahir dan mampu menghadapi cabaran globalisasi.
- Menjadi pusat tarbiyyah generasi huffaz yang dapat menghayati dan memperjuangkan tuntutan Al Quran dalam kehidupan Ummah
KELEBIHAN AL QURAN
Disebutkan dalam sahih Bukhari dari sahabat Utsman bin Affan radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shollallahu ‘alahi wasallam bersabda,
(HR. Bukhari)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Bacalah olehmu Al Qur’an, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafa’at pada hari kiamat bagi para pembacanya (penghafalnya).”
(HR. Muslimi)
Siapa yang membaca Al Qur’an, mempelajarinya, dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari kiamat. Cahayanya seperti cahaya matahari dan kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan) yang tidak pernah didapatkan di dunia. Keduanya bertanya, “Mengapa kami dipakaikan jubah ini?” Dijawab,”Karena kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al Qur’an.”
(HR. Al-Hakim)
Keberkatan Hidup Dengan Bersedekah Melalui Skim Tajaan Untuk Pelajar MATAN.
Skim tajaan di tubuhkan untuk anak-anak yang kurang berkemampuan untuk belajar menghafaz Al Quran seperti faqir miskin, anak yatim dan yang selayaknya. Oleh itu mana-mana individu yang berhasrat untuk memberi sumbangan dalam tempoh waktu tertentu seperti setahun atau dua tahun boleh berhubung dengan urusetia MATAN.