HOTLINE : 013-3331120 | pejabat : 06-7915070
Assalamualaikum
Berminat! Bagaimana saya nak mohon?
Tuan dan Puan boleh membuat pendaftaran secara atas talian pada link dibawah. Sila klik link di bawah dan isi maklumat pada borang online yang diberikan.
Apakah syarat syaratnya?
Syarat syarat untuk ambilan sesi 2020 adalah seperti berikut:
SYARAT KEMASUKAN PELAJAR
- Pelajar berminat untuk mengaji dan menghafal Al Quran bukan dipaksa.
- Pelajar bersedia untuk ditarbiyah atau dididik.
- Pelajar bersedia mematuhi semua peraturan seperti yang ditetapkan di dalam Buku Peraturan Maahad
- Pelajar perempuan berumur 9 tahun keatas
- Pelajar tiada rekod & masalah disiplin atau akhlak yang serius
- Ibubapa/penjaga serta ahli keluarga dikehendaki akur dengan peraturan-peraturan maahad yang di tetapkan, tidak dibenarkan campurtangan dalam hal ehwal pengurusan maahad atau mempertikaikan sebarang ketetapan atau peraturan maahad tanpa sebarang alasan yang munasabah.
- Pendaftaran untuk kemasukan baru adalah terbuka sepanjang tahun sekiranya ada kekosongan tempat.
Pakaian & Peralatan Pelajar
- Jubah ( 3 helai )
- Tudung Labuh Warna Hitam ( 2 helai )
- Kain Batik ( 3 helai )
- Baju Kurung ( 2 helai )
- Seluar & Baju Sukan/Beriadhah ( 3 helai )
- Cadar 1 set beserta sarung bantal ( Bantal hendaklah dibawa sendiri )
- Selimut
- Tuala Mandi (2 helai )
- Kain Basahan (waktu mandi) ( 1 helai )
- Kasut Hitam (untuk outing – contoh : Pallaz Jazz) ( sepasang )
- Kasut Sukan (untuk Jogging) ( sepasang )
- Stokin Hitam ( 3 pasang )
- Selipar(kegunaan harian) ( sepasang )
- Alat Keperluan Diri & Mandi – Berus Gigi & Ubat Gigi, Sabun Mandi ( 1 set)
- Penyangkut Baju(hanger) ( jumlah mengikut kesesuaian )
- Cawan & sudu ( 1 set )
MAKLUMAT PELAJAR
JADUAL HARIAN
Pelajar berjaya kerana mereka mempunyai strategi belajar yang berkesan serta teknik belajar yang mantap.Mereka mengamalkan pelbagai teknik belajar seperti teknik mengingat dan teknik mengambil nota yang baik.Di samping itu, mereka juga belajar secara berkumpulan.
Peperiksaan
Ada tiga kali peperiksaan setahun iaitu Peperiksaan Penggal Pertama, Peperikaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun yang mana tarikh peperiksaan akan dimaklumkan oleh pihak MATAN dari semasa ke semasa.
PERATURAN DISIPLIN MAAHAD
Pelajar diwajibkan mengikuti undang-undang & peraturan Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah bagi menjayakan proses pembelajaran & juga bertanggungjawab untuk memastikan sentiasa bilik-bilik asrama dan kelas pengajian berada di dalam keadaan bersih.
YURAN PENGAJIAN
Pembayaran jumlah yuran keseluruhan semasa pendaftaran perlu dibyar SEKURANG-KURANGNYA SEPARUH daripada jumlah keseluruhan yuran yang dikenakan semasa pendaftaran atau sebelum bermula sesi persekolahan atau hari pertama anak belajar di MATAN.
Profail
Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah ( Perempuan )
Sejarah Penubuhan
Maahad Tahfiz Matan Lil Banat ditubuhkan pada Januari 2016 bagi memenuhi permintaan sebahagian daripada ibubapa dan masyarakat amnya agar anak2 perempuan mereka juga turut berpeluang menjadi seorang hafizah.
Visi
“KE ARAH MELAHIRKAN HUFFAZ PROFESIONAL”
MISI
“PENDIDIKAN TAHFIZ BERSEPADU DINIYYAH DAN AKADEMIK BERASASKAN TARBIYYAH ISLAMIAH”
OBJEKTIF
- Melahirkan para huffaz yang berilmu, beramal dan bertaqwa.
- Melahirkan para huffaz yang cemerlang dalam bidang diniyyah dan akademik.
- Melahirkan para huffaz yang professional, berketerampilan, mahir dan mampu menghadapi cabaran globalisasi.
- Menjadi pusat tarbiyyah generasi huffaz yang dapat menghayati dan memperjuangkan tuntutan Al Quran dalam kehidupan Ummah
KELEBIHAN AL QURAN
Disebutkan dalam sahih Bukhari dari sahabat Utsman bin Affan radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shollallahu ‘alahi wasallam bersabda,
(HR. Bukhari)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Bacalah olehmu Al Qur’an, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafa’at pada hari kiamat bagi para pembacanya (penghafalnya).”
(HR. Muslimi)
Siapa yang membaca Al Qur’an, mempelajarinya, dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari kiamat. Cahayanya seperti cahaya matahari dan kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan) yang tidak pernah didapatkan di dunia. Keduanya bertanya, “Mengapa kami dipakaikan jubah ini?” Dijawab,”Karena kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al Qur’an.”
(HR. Al-Hakim)
Keberkatan Hidup Dengan Bersedekah Melalui Skim Tajaan Untuk Pelajar MATAN.
Skim tajaan di tubuhkan untuk anak-anak yang kurang berkemampuan untuk belajar menghafaz Al Quran seperti faqir miskin, anak yatim dan yang selayaknya. Oleh itu mana-mana individu yang berhasrat untuk memberi sumbangan dalam tempoh waktu tertentu seperti setahun atau dua tahun boleh berhubung dengan urusetia MATAN.