skip to Main Content

Assalamualaikum

PERHATIAN: Muslimin Muslimat Yang Nak tinggalkan Hidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam pembelajaran Al-Quran.

Inilah masanya anda rebut peluang!

MENGAPA TERCARI-CARI LAGI TEMPAT UNTUK ANDA TALAQQI AL QURAN BERSANAD YANG BOLEH BANTU MENINGKATKAN MUTU BACAAN AL QURAN, DENGAN TARTIL & BERTAJWID SEKALIGUS MEMBERI LEBIH KEYAKINAN DALAM MEMBACA AL QURAN, JIKA IANYA SUDAH BERADA DI DEPAN MATA ANDA?

“Ya, program TALAQQI BERSANAD mampu melahirkan masyarakat yang celik al-Quran & dapat memberi peluang mempelajarinya melalui tenaga pengajar mahir berbangsa Arab tanpa perlu keluar negara.”
TERUSKAN BACAAN!

Anda…

Ya! Saya mempunyai ciri-ciri diatas. Jadi teruskan bacaan anda… Ingat peluang ini akan ditutup tidak lama lagi…
lambang rasmi logo sekolah madrasah an najihah

Program Talaqqi Bersanad

Anjuran Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah

Maksud Talaqqi

Talaqqi membawa pengertian pengajaran dan pembelajaran al-Quran secara bersemuka yang merupakan kaedah yang dipelopori oleh para sahabat yang menuntut ilmu daripada Rasulullah SAW. Proses talaqqi ini dipersetujui oleh para ulama sebagai satu proses atau kaedah 

yang digunapakai dalam memindahkan bacaan al-Quran daripada seorang guru kepada muridnya.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, bertalaqqi ini ialah kita mengaji al-Quran secara berhadapan dengan guru. Kita baca dan dia dengar dan tegur jika terdapat kesilapan bacaan.

 

Maksud Bersanad

Sanad merupakan kesinambungan guru-guru yang berterusan tanpa putus hingga kepada Rasulullah SAW.

Kesinambungan sistem bersanad ini dibuktikan dengan adanya dokumen hitam putih yang menyenaraikan guru-guru yang telah mengajar dan memperakui kelayakan mereka dalam ketetapan bacaan al-Quran.

Contoh mudah adalah; Saya bertalaqqi dengan Syaikh A; Syaikh A bertalaqqi dengan Syaikh B, Syaikh B bertalaqqi dengan Syaikh C, dan seterusnya sehinggalah bersambung dengan Rasulullah SAW. Sementara Rasulullah SAW bertalaqqi dengan Malaikat Jibril AS dan daripada Allah SWT.
daftar anak belajar tahfiz

Profil Guru. Sheikh Khaled Abdolfatah Abdolazez Abdolfatah.

ibubapa ingin anak hafal al quran

Sheikh Khaled Abdolfatah Abdolazez Abdolfatah merupakan bekas pelajar dari Azhar Syarif University dari tahun 2009 sehingga tahun 2012. Beliau telah memperoleh Hafs’An Asim Sanad pada tahun 2010 dan juga memperoleh Shatubiya Sanad pada tahun 2015. Beliau berpengalaman mengajar di Madrasatul Ar Rahman, Mesir dari tahun 2013 sehingga tahun 2015. Beliau mempunyai qiraat 2 iaitu  Hafs’An Asim dan Qalun. Beliau berguru dengan Dr Zaki Muhammad. Seramai 40 pelajar Mesir dan 10 pelajar Malaysia yang telah mendapat ijazah daripada beliau.

Siapa Yang Perlu Hadir Program Ini?

Untuk menyertai Program Talaqqi Al Quran Bersanad, sila isikan butiran penyertaan anda.

Hubungi Kami

LOT 13504, JALAN SALAK, KG. JIJAN, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN

013-3331120 / 06-7915070

daftar@matan.edu.my

Back To Top