skip to Main Content

HOTLINE : 013-3331120 | pejabat : 06-7915070

lambang rasmi logo sekolah madrasah an najihah

BERILMU BERAMAL BERTAQWA

UCAPAN PENGETUA

USTAZ ZAWAWI HAJI AMAN

Saya mulakan dengan puji-pujian kepada Allah SWT yang mengurniakan pelbagai nikmat sehingga kita masih lagi dapat meneruskan cita-cita perjuangan kita ke arah melahirkan huffaz profesional yang bertaqwa. Mengimbau sejarah penubuhan MATAN, bermula dengan pelajar hanya lima orang pada 2009 kini telah meningkat sehingga 100 orang pelajar termasuk penambahan cawangan baru MATAN yang pertama di Jasin, Melaka pada awal tahun 2016.

Begitu juga prasarananya dari kelas dan surau yang berlantaikan papan ‘playwood’(pangkin) dan berbumbungkan khemah, sekarang telah menjadi sebuah kelas dan surau yang jauh lebih selesa. Pencapaian hafazan juga bertambah baik. Ada yang telah berjaya menamatkan hafazan dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi samada di dalam ataupun di luar negeri.

Perkembangan ini membuktikan bahawa MATAN turut serta menyumbang kepada pertumbuhan pendidikan tahfiz di negara ini yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Justeru itu,  saya berharap, semua tenaga pendidik dan kakitangan MATAN yang lama mahupun yang baru akan terus memberi komitmen yang padu dan jitu dalam semua bidang merangkumi kurikulum, kokurikulum dan yang lebih penting ialah pelaksaanan tarbiah Islamiyyah terhadap pembentukan sahsiah setiap pelajar MATAN yang berkualiti. Justeru itu, segala kelemahan diperbaiki, kekuatan diteruskan dan jangan sesekali berasa putus asa kerana selagi kita berusaha, insyaAllah kita akan berjaya.

Akhir kata, saya mengajak semua warga MATAN ke arah bekerjasama dan bertolong bantu dalam mencapai objektif penubuhan MATAN.

وَتَعَاوَنُواعَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Bermaksud : Dan bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan jangan kamu bertolong bantu dalam perkara kemungkaran dan melampaui batas.
(al-Maidah : 2)

Al Haqir wal Faqir,

Ustaz Mohd Zawawi bin Aman

( PENGETUA MATAN )

Nak Hantar Anak Masuk Tahfiz?

Peluang kemasukan baru bagi sesi 2020 – 2021

Back To Top